KEADAAN paramotor yang dinaiki Mohd Asri (gambar kecil) dan rakannya.
Oleh Zatul Iffah Zolkiply
zatuliffah@hmetro.com.my


Marang: “Biasanya arwah hanya akan terbang apabila saya berada bersamanya, tetapi kali ini dia melakukan penerbangan tanpa saya,” kata Wan Johairah Jaafar, 43, isteri kepada Mohd Asri Ismail, 46, yang maut selepas paramotor dinaikinya terlanggar benteng sebelum jatuh ke dalam sungai.

Dalam kejadian jam 6.30 petang di Pengkalan Bukit Datu, Bukit Tunggal di Kuala Nerus, kelmarin, Mohd Asri meninggal dunia akibat lemas.

Mangsa cuba diselamatkan orang ramai yang berada di tempat kejadian, namun mangsa disahkan sudah meninggal dunia.

Rakan mangsa yang tidak dapat dikenal pasti identitinya patah tangan sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut.

Paramotor dinaiki Mohd Asri dan rakannya terlanggar benteng ketika mereka cuba melakukan penerbangan sebelum terjunam ke dalam sungai.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Disember 2015 @ 7:52 AM