FOTO Rosli Ilham
Oleh Rosli Ilham

Gambar Rosli Ilham

Dungun: Polis menahan suami isteri dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM23,000 dalam serbuan di rumah pasangan itu di Kampung Gong Pasir, di sini.

Lelaki berusia 25 tahun dan isterinya, 26, itu ditahan kira-kira 6 petang kelmarin.

Ketua Polis daerah, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub, berkata ketika serbuan dilakukan di rumah sewa suspek, polis menemui dadah dipercayai pil kuda dan syabu yang disembunyikan di dalam bilik.

"Polis merampas enam plastik biru mengandungi 1200 pil disyaki pil kuda bernilai RM18,000 dengan anggaran berat 117.65 gram.

“Polis turut merampas 10 paket plastik cerah mengandungi ketulan kristal yang dipercayai dadah syabu bernilai RM5,000. Kita memperoleh perintah tahanan reman sehingga 13 Disember untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952 " katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Disember 2015 @ 4:10 PM