Oleh Syafil Syazwan Jefri
syafil.syazwan@hmetro.com.my


Selepas menempa nama di pentas Indonesian Idol, Yuka Kharisma mengembangkan bakatnya di persada seni Malaysia.

Menerusi lagu Ku Bersedia yang menjadi runut bunyi filem Girlfriend Kontrak, penyanyi berusia 28 tahun ini berharap kehadirannya diterima baik di negara ini.

Ujar Yuka, dia bukan sekadar mahu dikenali sebagai penyanyi, tetapi turut mahu mencipta nama sebagai komposer.

“Ikutkan minat saya lebih kepada mencipta lagu berbanding nyanyian. Penggal pertama 2016, saya akan melancarkan album sulung berjudul Kharisma.

“Album ini memuatkan 10 lagu dan lima daripadanya hasil ciptaan saya sendiri iaitu Jatuh Cinta, Mati Rasa, Pulang, Bukan Dia dan Sang Juara,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Disember 2015 @ 7:16 AM