Percubaan pemain Kedah, Chidi Edeh (tengah) cuba dihalang pemain Felda United FC, Mohd Shukor Adan(kanan)dan Bojan Miladinovic. Foto NSTP/Amran Hamid
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my


Alor Setar: Helang Merah memanfaatkan perlawanan di hadapan sorakan gemuruh 30,000 penyokong setia mereka di Stadium Darul Aman, di sini, malam tadi apabila layak ke final Piala Malaysia 2015 dengan kemenangan agregat 4-3 bertemu FELDA United.

Juara Liga Perdana 2015 itu meneruskan rentak cemerlang mereka apabila menang 2-1 pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia 2015.

Helang Merah nyaris menjaringkan gol pada minit kelapan perlawanan apabila

sepakan kencang Chidi Edeh hanya terkena tiang gol sebelah kanan sebelum disambut Badrol Bakhtiar namun sepakannya turut tersasar.

Kedah sekali berpeluang menjaringkan gol menerusi Sandro Da Silva namun dia

gagal mmenyempurnakan hantaran lintang Badrol Bakhtiar apabila sepakan lemahnya pada minit ke 20 perlawanan tersasar ke kiri tiang gol.

Pemain FELDA United turut berpeluang menjaringkan gol pada minit ke 33 namun sepakan percuma Indra Putra berjaya ditangkap penjaga Gol Kedah Md Firdaus.

Tuan rumah sedikit tersentak apabila pemain FELDA United Ahmad Syamim Yahya berjaya menjaringkan gol pertama minit ke 38 menjadikan agregat 2-3.

Tersentak dengan jaringan itu pemain Kedah terus menyerang dan cubaan mereka berhasil apabila pemain Kedah Chidi Edeh menjaringkan gol penyamaan minit 43.

Kedah memastikan kemenangan mereka apabila sepakan percuma Sandro Da Silva dari jarak 30 meter di luar kotak penalti sebelah kanan minit ke 50 menghasilkan gol kedua.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Disember 2015 @ 11:14 PM