KETUA Pegawai Eksekutif iflix, Azran Osman-Rani (kiri) dan Kung. FOTO Muhd Zaaba Zakeria
Oleh Syarifah Dayana Syed Bakri
dayana@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Pelanggan TM boleh menikmati rancangan yang disediakan iflix secara percuma selama 12 bulan mulai pertengahan bulan ini.

Naib Presiden Eksekutif, Media Baru TM, Jeremy Kung berkata, perkhidmatan ini memberi peluang kepada pelanggan Streamyx dan Unifi untuk mendapat akses kepada rancangan yang disediakan iflix secara percuma selama setahun.

Langganan untuk tempoh ini bernilai RM96.

Buat masa ini, ia diberikan kepada pelanggan Unifi dan akan ditawarkan kepada pelanggan Streamyx 4Mbps dan 8Mbps pada masa akan datang, katanya.

Menurutnya, pelanggan boleh menggunakan sehingga lima peranti dalam satu masa untuk akses rancangan yang disediakan iflix.

Pelanggan hanya perlu melayari iflix.com atau muat turun aplikasi iflix untuk mengaktifkan langganan tanpa perlu mendaftar atau log masuk.

Rancangan yang ditawarkan boleh ditonton secara langsung atau offline.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Disember 2015 @ 4:10 PM