Entah apa niat serta tujuannya, tindakan anggota f(x) iaitu Sulli kongsikan gambar peribadinya baru-baru ini ternyata menakutkan peminat.

Mana tidaknya, dalam gambar itu penyanyi terbabit melakukan mimik muka yang sangat misteri.

Renungannya menakutkan manakala senyumannya seakan-akan penuh dengan 1,001 cerita dalam gambar dimuat naik di Instagram itu.

Pada mulanya, gambar itu berjaya menarik perhatian kerana sangat ringkas, kasual dan ada nilai fesyen dengan berpakaian baju putih.

Pengguna Internet bagaimanapun tiba-tiba melemparkan pelbagai reaksi hanya disebabkan senyuman Sulli dikatakan sungguh menyeramkan.

Sulli sememangnya cukup terkenal dengan keunikannya apabila kerap memuat naik gambar pelik.

Tidak lama dulu, gambarnya juga pernah dikritik gara-gara ada unsur seksual.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Disember 2015 @ 9:14 AM