MOKHTAR memberi penerangan kepada pakar arkeologi dari Thailand dan Indonesia.
Oleh Nor Farhani Che Ad
am@hmetro.com.my


Sungai Petani: Universiti Sains Malaysia (USM) berhasrat menjadikan Tapak Arkeologi Sungai Batu sebagai rujukan zaman Paleolitik bagi pakar arkeologi Malaysia, Thailand dan Indonesia.

Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global USM Profesor Datuk Mokhtar Saidin berkata, kerjasama menerusi Bengkel Arkeologi Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) yang dijalinkan, sekali gus dapat menemui lebih banyak persamaan sejarah antara tiga negara terbabit.

“Tapak Sungai Batu yang dipercayai berusia 353 sebelum Masihi ini mempunyai banyak kesan sejarah termasuk penemuan pelbagai kesan sejarah daripada Langkasuka dan Srivijaya di Thailand serta Batu Lawas di Indonesia.

“Penemuan ini membuktikan wujudnya hubungan antara tiga negara dan ini dapat meningkatkan kerjasama antara pakar arkeologi untuk mencari lebih banyak bukti sejarah ketamadunan manusia antara ketiga-tiga negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke Tapak Arkeologi Sungai Batu bersama 70 pakar arkeologi Thailand dan Indonesia di sini, kelmarin.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Disember 2015 @ 6:38 AM