BERMAIN dapat menajamkan deria si kecil.

Permainan bukan sekadar untuk berseronok tetapi mempunyai peranan penting dalam membantu perkembangan kognitif anak bermula seawal usia beberapa bulan.

Melalui permainan, anak kecil belajar secara tidak rasmi, bersosial, selain membina intelek dan menggalakkan pertumbuhan motor serta menajamkan deria.

Ia juga menghiburkan dan boleh membantu anak menyalurkan tenaganya secara sihat serta mampu membina perkembangan mental yang positif.

Memahami keperluan ibu bapa memberikan permainan yang dapat membantu perkembangan fizikal dan mental anak mereka, B&G Baby and Maternity Distribution (M) Sdn Bhd membawakan beberapa jenis permainan yang mempunyai penampilan menarik dan berwarna ceria.

Antaranya tali lompat, Skip Hop Explore & More Roll-Around Rattles yang memenangi Anugerah Emas Permainan bagi kategori bayi dan kanak-kanak kecil di Pameran Permainan Antarabangsa Nuremberg Spiel­warenmesse 2015.

Permainan itu datang dalam tiga rekaan iaitu lebah, landak dan burung hantu yang dijual pada harga RM49.90.

Selain itu, permainan Label-Label menawarkan bayi peluang untuk bermain dan menarik tag label yang bergetar dan berkedut setiap kali ditarik. Secara tidak langsung ini akan membantu perkembangan motor halus kanak-kanak dan mendidiknya mengenai rangsangan deria.

Label-Label yang dijual pada harga RM49.90 boleh diklip pada tempat tidur, kerusi tolak bayi dan kerusi bayi di dalam kereta, selain mudah dicuci menggunakan mesin basuh.

Pada masa sama, permainan Krooom turut memberi penekanan kepada mengembangkan kemahiran motor halus bayi dan kanak-kanak, selain menggalakkan kesedaran penjagaan alam sekitar.

Ia diperbuat 100 peratus daripada bahan kitar semula dan tidak memerlukan sebarang peralatan khas untuk dipasang selain bersifat kalis air, kukuh dan ringan.

Permainan Krooom yang merangsang imaginasi dijual pada harga antara RM39 hingga RM179, antaranya set permainan, 3D Puzzle, ‘Fold My Car’ dan ‘Fold My Robot’.

Semua permainan itu boleh didapati di Babyland, Camomile Spring, LittleWhiz, Happikiddo, Bebe Totz, The Babyloft, Mama Panda, JaJambo Kids, Bumps & Bundles dan semua kedai utama menjual barangan permainan kanak-kanak.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Disember 2015 @ 5:00 AM