Fouziah ceria selepas bersalin pagi tadi. - Foto ihsan Md Zhafran Md Yusof
Oleh Sudirman Mohd Tahir
sudirman@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Pelakon dan pengacara, Fouziah Gous, 32, selamat melahirkan anak lelaki di sebuah hospital swasta di Shah Alam pada jam 11.40 pagi tadi.

Suami Fouziah, Md Zhafran Md Yusof ketika dihubungi berkata ibu dan anak dalam keadaan baik.

"Alhamdulillah, isteri saya selamat bersalin secara normal pagi tadi.

"Insya Allah jika semuanya okay, dalam beberapa hari lagi mereka dibenarkan pulang ke rumah,” katanya kepada Harian Metro sebentar tadi.

Zhafran turut memaklumkan dia sentiasa berada di sisi isterinya sehingga selamat bersalin.

"Saya dapat lihat isteri sebak sebaik saja selamat melahirkan. Dia sempat melemparkan senyuman tanda dia kini bergelar ibu," katanya.

Terdahulu, pengacara program Nona di TV3 ini dimasukkan ke hospital sejak Selasa lalu.

Fouziah dan Zhafran mendirikan rumah tangga pada 21 September 2013.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 November 2015 @ 9:30 PM