Mangsa yang cedera diberi rawatan oleh anggota penyelamat. - Foto Ihsan Bomba
Rudy Syareme Sheriffudin
am@hmetro.com.my


Georgetown: Seorang peserta pertandingan Regatta Piala Raja cedera di leher selepas kapal layarnya bertembung dengan sebuah lagi kapal layar ketika bertanding di Straits Quay Marina, Tanjung Tokong di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, lelaki warga Filipina berusia 30-an dilaporkan cedera di bahagian leher sebelum diberikan rawatan kecemasan.

Komander Operasi Bomba, Penolong Pegawai Rizuan Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.05 petang dan sepasukan 18 anggota berserta dua jentera dari Jalan Perak dan Bagan Jermal bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, setiba di lokasi kejadian pada jam 2.11 petang dan usaha merawat dilakukan Pasukan Penyelamat Kecemasan (EMRS) Jalan Perak.

Rizuan berkata, mangsa yang cedera kemudian dipindahkan daripada kapal layar ke atas bot Polis untuk dibawa ke jentera EMRS di Marina Straits Quay.

"Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut," katanya

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 November 2015 @ 5:39 PM