MANGSA maut di tempat kejadian. FOTO ihsan pembaca
Oleh Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my


Prai: Remaja perempuan, 18, maut digilis lori di Jalan Baru berdekatan Mydin Mall, di sini 6.30 petang semalam.

Dalam kejadian itu, motosikal ditunggang mangsa bergesel dengan lori sebelum terbabas dan digilis kenderaan berat berkenaan.

Mangsa yang dikenali sebagai Farhana maut di tempat kejadian akibat kecederaan di bahagian badan.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) bagi tindakan selanjutnya.

Jenazah kemudian dituntut keluarga sebelum dibawa pulang ke kediamannya di Kampung Paya, Bukit Mertajam dekat sini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 November 2015 @ 1:46 PM