CUBAAN Sufi Ismat Rohulamin di depan gawang lawan yang dikawal penjaga gol Bangladesh, Asim Gope. di Kompleks Hoki Wisma Belia. FOTO Shafiq Zain
Oleh Saiful Affendy Sapran
saifulaffendy@hmetro.com.my

SKUAD Projek 2016 menamatkan saingan Piala Remaja Asia di tempat kelima selepas membelasah Bangladesh, 8-0, pada perlawanan penentuan tempat ke-5/6, di Stadium Hoki Wisma Belia, Kuantan, hari ini.

Penyerang negara, Sufi Ismat Rohulamin menjaringkan gol padang pada minit kedua dan enam untuk meletakkan skuad negara selesa di depan sebelum Muhd Haziq Samsul menambah gol ketiga menerusi jaringan padang minit ke-30.

Bersambung separuh masa kedua, Muhd Haziq sekali lagi cemerlang apabila menambah gol keempat, juga menerusi jaringan padang pada minit ke-44.

Muhd Najmi Farizal Jazlan menjadikan kedudukan 5-0 menerusi pukulan sudut penalti minit ke-52 sebelum Muhd Azwar Abd Rahman menambah gol keenam minit ke-56.

Muhd Najmi kemudian menambah gol ketujuh menerusi pukulan sudut penalti minit ke-58 sebelum Muhd Haziq meledak hatrik minit ke-66.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 November 2015 @ 5:54 PM