POLIS Perancis mengawal kawasan ketika kejadian tembakan belarutan di St-Denis. FOTO Reuters

Paris: Seorang wanita meletupkan dirinya ketika skuad elit Polis Perancis menyerbu apartment, hari ini, dekat Paris dalam usaha pihak berkuasa memerangi suspek yang menyerang Paris.

Empat lelaki dan seorang wanita lain turut ditahan dalam operasi yang dilakukan di pinggir bandar St-Denis. Tembakan boleh didengar berlarutan sehingga beberapa jam.

Mengikut Pejabat Pendakwaraya Paris, wanita yang terbunuh itu dikatakan meletupkan dirinya.

Mengikut kenyataan rasmi, Abdelhamid Abaaoud, militan warga Belgium yang amat dikehendaki dalam senarai suspek yang diburu.

Bagaimanapun, tiada ada sebarang pengesahan rasmi sama ada Abaaoud antara mereka yang ditahan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 November 2015 @ 4:57 PM