UCAPAN tahniah Khalid menerusi laman Twitternya. FOTO Twitter/Khalid Abu Bakar
Oleh Norizuan Shamsuddin
norizuan@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menangkap 53 penganjur dan tauke judi di seluruh negara bermula Januari hingga hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman Twitternya memuji Pasukan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG) yang menjalankan tugas bagi mengekang kegiatan perjudian terbabit.

Katanya, penganjur dan tauke judi terbabit ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA).

Beliau turut memuji Polis Melaka yang bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menggempur aktiviti perjudian di negeri terbabit dengan tangkapan lapan suspek dan merampas 65 komputer judi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 November 2015 @ 11:52 PM