Gara-gara kehilangan telefon bimbit pada 17 Oktober lalu, aktres Lee Yoo Bi berhadapan dengan peras ugut daripada pihak yang menemui telefonnya.

Individu itu mengatakan hanya akan memulangkan kepadanya jika dia sedia membayar RM76,150 atau dia akan mendedahkan kandungan di dalam telefon bimbit itu kepada umum.

Bagaimanapun, polis menangkap individu dipercayai melakukan peras ugut terhadap Yoo Bi bersama dua remaja dipercayai turut bersubahat dengan individu itu.

Yoo Bi memberi kerjasama kepada polis pada 9 November lalu dan ia tidak mengambil masa yang lama.

Telefon bimbit Yoo Bi hilang di satu kelab di Gangnam pada 17 Oktober lalu dan pada 22 Oktober, dia menghantar pesanan ringkas meminta individu yang mengambilnya untuk memulangkan semula bersama ganjaran.

Malangnya, individu itu mengugut Yoo Bi sebanyak empat kali hingga pihak agensi mengambil keputusan untuk melaporkan kepada polis dan akhirnya membawa kepada penangkapan individu terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 November 2015 @ 5:07 AM