Oleh Aizat Sharif
mohd.aizat@mediaprima.com.my

Kangar: Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan pelbagai kes penyeludupan termasuk pemerdagangan manusia di Wang Kelian yang berlaku pada akhir Mei lalu.

Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Shafie Ismail mendedahkan suspek berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan sekitar kawasan Padang Besar, seminggu lalu.

“€œSuspek adalah warga tempatan berasal dari Padang Besar dipercayai bukan hanya terbabit dalam penyeludupan manusia tetapi juga barangan keperluan harian lain seperti beras,” katanya selepas merasmikan Program Boling Komuniti Wanita (Taman Angkat) Anjuran Amanita Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Perlis, tengah hari ini.

Shafie berkata, suspek kini masih dalam tahanan reman di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

“Kita percaya dia ada kaitan dengan sindiket yang terbabit dalam pelbagai aktiviti penyeludupan termasuk penyeludupan manusia di Perlis,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 November 2015 @ 4:27 PM