Saya menunggang Yamaha 125 ZR yang menggunakan minyak 2T. Perlukah minyak 4T ditukar dan apakah kesannya kalau dibiarkan terlalu lama?

DAUS,

Johor

Bagi motosikal dua lejang, pelinciran bahagian utama enjin adalah daripada campuran minyak 2T yang dicampurkan dengan petrol, manakala 4T untuk kotak gear.

Minyak pelincir perlu ditukar untuk memastikan pelinciran yang baik. Minyak pelincir pada asalnya berwarna keemasan dan akan berubah menjadi kehitaman.

Kandungan sulfur dan asid akan bertambah serta menyumbang kepada kehausan enjin yang tinggi. Kandungan sulfur dan proses penguraian minyak menyebabkan ia menjadi cair.

Berikutan itu, jangan amalkan lambat menukar minyak pelincir kerana ia sebenarnya merugikan anda. Tukar minyak pelincir baru setiap 5,000 kilometer atau enam bulan sekali.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 November 2014 @ 5:00 AM