Oleh Mohd Hilmi Mahmud
am@hmetro.com.my

Balik Pulau: Pekerja kilang menemui bayi lelaki masih bertali pusat yang ditinggalkan atas keretanya di Kampung Bukit Bayan Lepas, di sini, pagi ini.

Bayi itu ditemui ketika pekerja kilang berkenaan baru pulang daripada tempat kerjanya. Sebelum itu, dia terdengar tangisan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Nor Salawati Saad, berkata bayi itu masih bertali pusat dan dibungkus menggunakan cadar.

"Bayi berkenaan dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan. Sehingga ini, kita sedang mengesan suspek yang membuang bayi terbabit," katanya ketika dihubungi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 November 2014 @ 4:02 PM