Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Wanita berusia 32 tahun yang juga isteri pertama kepada bapa tiri kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang maut dipercayai didera ditahan, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sariff berkata, wanita terbabit ditahan di Balai Polis Air Keroh, Melaka 10.30 malam.

Menurutnya, wanita yang bekerja sebagai pembantu tadbir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) itu direman bermula hari ini bagi membantu siasatan kes terbabit.

"Dia direman bermula hari ini sehingga Isnin depan dan sehingga kini siasatan lanjut sedang dijalankan.

"Siasatan terperinci akan dilakukan bagi menyelesaikan kes dalam tempoh terdekat,"katanya.

Jumaat lalu, kanak-kanak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia dipercayai didera bapa tirinya di kondominium di Wangsa Maju.

Sebelum ini, ibu kandung mangsa berusia 28 tahun, bapa tiri mangsa dan rakannya ditahan bagi membantu siasatan

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 November 2015 @ 4:09 PM