DARI kiri Josiah Lu Yew Jung, Ong Jia Rye bersama Mia Sara bermain kad pintar bersama-sama.
PELANCARAN Kempen Anak Bijak Mak Menang.
Oleh Siti Zarinah Sahib
sitizarinah@hmetro.com.my

Biasanya ibu bapa lebih memberi tumpuan kepada perkembangan fizikal anak memandangkan ia bersifat luaran dan dapat dilihat dengan jelas. Pertambahan berat badan, ketinggian dan saiz badan antara perubahan fizikal yang jelas kelihatan bermula selepas usia sebulan sehingga mencapai usia persekolahan.

Sebaliknya ibu bapa jarang menjelaskan dengan terperinci tahap perkembangan mental anak selaras usia mereka sedangkan kebijaksanaan kanak-kanak berkembang secara berperingkat dan mereka mencapai kecerdasan atau menjadi lebih bijak apabila semakin membesar.

Oleh sebab pembangunan setiap kanak-kanak bergerak pada kadar berlainan, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memantau dan memberikan yang terbaik sama ada menerusi pemakanan atau latihan.

Hal ini disokong oleh Perunding Pediatrik Hospital Pantai Dr Raja Juanita Raja Lope, yang hadir pada majlis pelancaran Kempen Anak Bijak Mak Menang Dutch Lady di Mydin, Subang baru-baru ini untuk berkongsi dengan ibu bapa mengenai perkembangan kanak-kanak apabila menekankan kepentingan memantau perkembangan si manja.

Menurut Dr Juanita, dalam pencapaian perkembangan mental ada empat tahap berbeza yang boleh dijadikan panduan untuk memantau si manja yang sedang membesar.

“Empat tahap ini termasuk sikap ingin tahu iaitu bermula pada usia satu hingga dua tahun, meneroka pada usia dua hingga empat tahun, tahap kreatif pada usia empat hingga enam tahun dan belajar untuk kanak-kanak berusia enam tahun dan ke atas,” katanya.

Selepas memahami setiap tahap ini, ibu bapa perlu memberi nutrisi khas dan rangsangan yang dapat menggalakkan tumbesaran dan perkembangan yang sihat bagi kanak-kanak secara optimum.

Nutrisi boleh dibahagikan kepada empat tahap berbeza iaitu:

1. Ingin tahu (satu hingga dua tahun) : Kanak-kanak pada peringkat ini belajar memerhatikan persekitaran menggunakan mata. Oleh itu sumber makanan mengandungi inositol, taurina dan vitamin A untuk melindungi dan menyokong perkembangan mata.

2. Meneroka (dua hingga empat tahun) : Kanak-kanak pada peringkat ini gemar menyentuh dan merasai segala-galanya di sekeliling mereka, oleh itu daya imuniti perlu dipertingkatkan dengan nutrisi seperti selenium dan zink.

3. Kreatif (empat hingga enam tahun) : Kanak-kanak pada peringkat ini memerlukan nutrisi mengandungi tirosina (tyrosine), kolina (choline), dan vitamin D untuk menyokong daya imaginasi mereka.

4. Belajar (enam tahun dan ke atas) : Kanak-kanak pada peringkat ini bersiap sedia untuk persekolahan formal. Makanan diperlukan harus mengandungi magnesium untuk membantu menyokong daya ingatan dan kemahiran berfikir bagi pembelajaran yang lebih berkesan.

Pendapat ini disokong Pakar Pemakanan Korporat Dutch Lady Malaysia, Loo Mei Fong yang memberitahu kanak-kanak membesar menjadi lebih bijak apabila mereka melangkah dari satu tahap sehingga perkembangan berikutnya.

“Dutch Lady Nutri Plan dengan 5X DHA dirumus bagi membolehkan ibu bapa menyokong tahap perkembangan mental secara berperingkat melalui empat tahap pencapaian berbeza seperti yang disebutkan di atas,” katanya.

Setiap pelan pemakanan untuk tahap perkembangan kanak-kanak dapat menangani jurang nutrisi seperti yang dinyatakan melalui kaji selidik Kumpulan Penyelidikan Nutrisi Asia Tenggara (Seanuts) terutamanya dalam pengambilan vitamin D, serta keperluan nutrisi mengikut cadangan keperluan pengambilan (RNI) Kementerian Kesihatan.

Tambahnya, secara keseluruhan rangkaian produk berdasarkan empat tahap perkembangan ini bertindak sebagai satu program nutrisi komprehensif yang membantu ibu bapa dalam perkembangan tumbesaran anak mereka.

Untuk mencapai tujuan ini Dutch Lady Malaysia melancarkan Kempen Anak Bijak Mak Menang Dutch Lady, dengan memperkenalkan satu siri kad aktiviti pintar yang direka khas untuk merangsang minda kanak-kanak dan menggalakkan pembelajaran mengikut tahap perkembangan mereka.

Kad ini dihasilkan sejajar dengan Dutch Lady Nutri Plan dengan 5X DHA, iaitu susu tepung untuk kanak-kanak yang menyediakan khasiat berdasarkan tahap perkembangan dan keperluan perkembangan mental mereka. Mental kanak-kanak perlu disokong melalui rangsangan otak menggunakan alat pendidikan sesuai.

Menurut Pengurus Pemasaran Dutch Lady Malaysia Karen Yeo, pihaknya berharap dapat memberi ganjaran kepada ibu dengan menyediakan alat pembelajaran berfaedah bagi memudahkan kanak-kanak menggunakannya untuk meningkat dan memperkayakan pengalaman belajar.

“Kami mengambil inisiatif bekerjasama dengan pakar perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak dalam mencipta koleksi kad ini yang diberikan secara percuma dengan setiap pek susu tepung Dutch Lady yang dirumus untuk kanak-kanak berumur satu hingga enam tahun ke atas,” katanya.

Direka khas untuk setiap tahap perkembangan si manja, siri kad aktiviti pintar ini dapat membantu kanak-kanak melalui dua cara utama.

Pertama, dengan memperkenalkan perbendaharaan kata untuk menggambarkan haiwan, cirinya dan sekeliling habitat haiwan. Kad ini boleh meningkatkan kemahiran kanak-kanak dari segi bahasa dan ekspresi.

Kedua, kad ini dapat memberikan idea untuk menjalankan aktiviti yang menggalakkan kanak-kanak bertanya, meneroka, menjadi kreatif dan menyerap lebih banyak ilmu pengetahuan. Aktiviti ini juga menjadi peluang terbaik untuk ibu bapa meluangkan masa berkualiti dengan anak dan membimbing mereka menjadi lebih bijak.

Kempen Anak Bijak, Mak Menang juga memberi peluang ibu bapa memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM500,000 dengan mengumpul kad aktiviti pada setiap pembelian susu tepung Dutch Lady yang dirumuskan khas untuk kanak-kanak. Setiap pengguna berpeluang memenangi hadiah wang tunai antara RM50 hingga RM5,000 setiap minggu dalam tempoh promosi kempen ini diadakan.

Kempen Anak Bijak, Mak Menang ini bermula pada 1 November 2015 sehingga 31 Disember 2015. Untuk maklumat lanjut sila layari www.smartmoments.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 November 2015 @ 10:49 AM
Skip this ad x