SHAMSUL Izrin Isahak (dua kiri, berdiri)meninjau keadaan mangsa banjir di Kompleks Rakan Muda, semalam. FOTO Safuri Kamarudin.

BALING: Keadaan banjir di daerah ini semakin pulih dengan jumlah mangsa yang masih berada di enam pusat pemindahan terus berkurangan kepada 178 pagi ini, berbanding 680 malam tadi.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Baling, Syamsul Izrin Isahak berkata, mangsa terdiri daripada 44 keluarga dari beberapa buah kampung di daerah ini.

Enam pusat pemindahan terlibat ialah di Tabika Gua Reban, Dewan Charok Sikin, Dewan Banggol Derum, Kompleks Belia dan Sukan Batu 42, Dewan Batu 48,dan Dewan Bukit Terabak.

"Antara faktor pengurangan mangsa banjir adalah disebabkan cuaca yang semakin baik dan paras air sungai Ketil yang semakin menurun," katanya kepada Bernama ketika dihubungi, hari ini. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 November 2015 @ 11:56 AM