Malam Anugerah CMA 2015 menjadi detik bersejarah buat Miranda Lambert apabila menang Penyanyi Wanita Terbaik (Vokal) melalui lagu Bathroom Sink. Ini kejayaan kali keenam berturut-turut.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘country’ itu tampil dengan imej baru rambut yang diwarnakan merah jambu. Dia yang baru saja bercerai dengan suaminya, Blake Shelton, tetap tenang ketika memberikan ucapan.

Dia mengucapkan terima kasih kepada bekas suaminya kerana selama ini memberi sokongan terhadap kerjayanya. Ucapan pendek itu bagaimanapun menampakkan emosi yang sedang dialaminya.

“Saya sangat menyukai muzik country dan akan terus melakukan perkara yang saya cintai. Kepada Justin Timberlake, Chris Stapleton dan Blake Shelton, jutaan terima kasih. Saya akan terus berusaha.

“Saya hargai anugerah yang diberikan ini.

“Walaupun berhadapan dengan masalah, saya berharap tuah akan terus menyebelahi saya,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 November 2015 @ 5:02 AM