Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
am@hmetro.com.my

Nilai: Dengan dua kali lafaz, penyerang Kedah, Ahmad Shakir Mohd Ali sah menjadi suami kepada Wahyu Hidayah Wahidin, yang juga pramugari Saudi Airlines.

Ahmad Shakir, 26, dinikahkah bapa pengantin perempuan, Wahidin Wahid, 52, dalam majlis akad nikah berlangsun, 5.30 petang, hari ini .

Majlis dihadiri kira-kira 150 saudara mara serta sahabat handai.

Bekas pemain Harimau Muda A dan Kelantan itu, berkata dia bersyukur majlis dirancang berjalan lancar.

Katanya, dia mengenali Wahyu Hidayah, 25, dari Selangor menerusi Instagram pada 2012 ketika beraksi dengan skuad Negeri Sembilan.

Katanya, majlis kenduri pihaknya akan dibuat di Jitra, Kedah, pada 24 November.

“Saya bersyukur apabila isteri memahami kerjaya sebagai pemain bola sepak. Buat maasa ini, kami belum merancang perjalanan berbulan madu.

“Saya masih perlu turun buat Kedah menentang PKNS dalam saingan suku akhir Piala Malaysia," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 November 2015 @ 8:31 PM