Sepuluh pemain utama Chelsea nampaknya jatuh dari tahap asal mereka berbanding 11 perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris musim lalu dan penyerang Diego Costa paling mengecewakan.

Permulaan terburuk buat Blues yang mahu mempertahankan gelaran EPL dengan kekalahan kepada Liverpool di laman sendiri Sabtu lalu, kekalahan keenam musim ini meletakkan mereka di tangga ke-15.

Biarpun pengurus Jose Mourinho menyalahkan pegawai perlawanan, Persatuan Bola Sepak Inggeris dan pasukan perubatannya sejak beberapa minggu lalu, kajian turut mendapati pemain turut mengalami kemerosotan prestasi.

Diego Costa

Selepas 11 perlawanan musim lalu: 8.10 (skor purata daripada 10)

Selepas 11 perlawanan musim ini : 6.77 (beza -1.33)

Selepas 11 perlawanan pertama Chelsea musim lalu, penyerang baru mereka bermula cemerlang di England dengan pencapaian tertingggi, 8.10 dalam Liga Perdana Ing­geris. Costa menjaring­kan 10 gol dalam sembilan perlawanan dengan purata 3.1 percubaan dan dua hantaran penting setiap perlawanan. Setahun kemudian, dia hanya menjaringkan dua gol, dengan purata 1.8 percubaan setiap perlawanan dan hanya mencipta purata 1.1 peluang setiap perlawanan.

Eden Hazard

Selepas 11 perlawanan musim lalu: 7.97

Selepas 11 perlawanan musim ini : 6.93 (beza -1.04)

Pemain Terbaik Tahunan musim lalu nampaknya masih gagal menjaringkan gol Liga Perdana Inggeris setakat ini, biarpun diturunkan dalam 11 perlawanan. Selepas 11 perlawanan pada musim 2014/15, Hazard menjaringkan tiga gol dengan purata gelecek 5.2 setiap perlawanan, kali ini dia hanya melakukan purata 2.8.

Branislav Ivanovic

Selepas 11 perlawanan musim lalu: 7.46

Selepas 11 perlawanan musim ini: 6.52 (beza -0.94)

Branislav Ivanovic antara pemain Chelsea paling konsisten pada musim 2014/15. Pemain lawan hanya mampu melepasi bek kanan itu dengan kadar 0.4 kali setiap perlawanan Liga Perdana Inggeris. Bagaimanapun musim ini Ivanovic tewas 1.4 kali setiap perlawanan. Dia juga menjaringkan dua gol sepanjang tempoh itu pada 2014/15.

Oscar

Selepas 11 perlawanan musim lalu : 7.60

Selepas 11 perlawanan musim ini: 6.67 (beza -0.93)

Pada peringkat ini musim lalu, Oscar membuat sembilan penampilan liga, menjaringkan tiga gol dan membantu dua jaringan. Kali ini dia hanya menjaringkan satu gol dan pengaruh kreatifnya semakin menyusut, dia mencipta dua peluang untuk rakan sepasukan dalam lima perlawanan.

Cesc Fabregas

Selepas 11 perlawanan musim lalu: 7.80

Selepas 11 perlawanan musim ini: 6.90 (beza-0.90)

Fabregas menikmati permulaan hebat di barat London musim lalu, namun digugurkan buat kali pertama oleh Mourinho Sabtu lalu. Pemain Sepanyol itu ha­nya membantu satu jaringan musim ini daripada gerakan set piece, selepas melakukan sembilan bantuan jaringan pada 11 penampilan pertama bersama Blues.

John Terry

Selepas 11 perlawanan musim lalu: 6.85

Selepas 11 perlawanan musim ini: 6.32 (beza -0.53)

Dianggap sebagai bek te­ngah terbaik liga musim lalu, tahun ini purata pencapaian Terry dari segi terjahan setiap perlawanan (satu) dan perebutan bola tinggi dimenangi setiap perlawanan (1.8) jatuh berbanding purata musim lalu 1.3 dan 2.4 masing-masing.

Nemanja Matic

Selepas 11 perlawanan ­musim lalu: 7.41

Selepas 11 perlawanan musim ini: 6.98 ­(beza -0.43)

Matic digugurkan daripada kesebelasan utama tiga kali musim ini. Pencapaiannya (6.98) merosot berbanding tempoh sama tahun lalu, di mana kekasaran yang dilakukan­nya setiap perlawanan meningkat dari 1.6 kepada 2.1. Dia juga dibuang pada perlawanan menentang West Ham baru-baru ini.

Cesar Azpilicueta

Selepas 11 perlawanan musim lalu: 7.17

Selepas 11 perlawanan musim ini: 6.88 (beza -0.29)

Azpilicueta satu-satunya pemain Chelsea yang diturunkan sebagai kesebelasan utama dalam semua 11 perlawanan. Pemain Sepanyol itu bagaimanapun tidak banyak menyumbang ketika menyerang, hanya mencipta empat peluang berbanding tujuh selepas 11 perlawanan musim lalu.

Gary Cahill

Selepas 11 perlawanan musim lalu: 6.95

Selepas 11 perlawanan musim ini: 6.73 (beza -0.22)

Rating Gary Cahill selepas 11 perlawanan hanya 6.95 musim lalu, namun dia turut jatuh 0.22 mata musim ini. Bek tengah itu sebenarnya menampilkan aksi sederhana ketika merebut bola termasuk bola ting­gi, namun dia juga hanya melakukan lapan terjahan daripada sembilan penampilan.

Willian

Selepas 11 perlawanan musim lalu: 6.94

Selepas 11 perlawanan musim ini: 6.93 (beza-0.01)

Willian mempamerkan prestasi hampir sama pada peringkat ini pada musim 2014/15. Daripada mereka yang berada di kelab itu musim lalu, hanya Matic meraih rating tertinggi musim ini. Pemain Brazil itu menjaringkan dua gol setakat ini, berbanding hanya satu gol selepas 11 perlawanan Chelsea musim lalu.

RAMIRES

Selepas 11 perlawanan musim lalu: 6.79

Selepas 11 perlawanan musim ini: 6.83 (beza +0.04)

Ramires adalah satu-satunya pemain yang diturunkan dalam lima atau lebih perlawanan daripada 11 perlawanan musim lalu dan musim ini yang menunjukkan peningkatan. Pemain Brazil menampilkan aksi cemerlang ketika rakan pemain tengah yang lain terus merosot dan menerima ganjarannya de­ngan kontrak baru minggu lalu. Ramires menjaringkan dua gol dalam tujuh penampilan musim ini dan purata terjahan (2.7) dan perebutan bola (1.4) setiap perlawanan naik mendadak.

Pemain dengan kurang daripada tiga penampilan dalam 11 perlawanan pertama 2014/15 atau 2015/16:

Loic Remy

rating menurun 0.60

Thibaut Courtois

rating menurun 0.22

John Obi Mikel

rating menurun 0.06

Kurt Zouma

rating menurun 0.76

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 November 2015 @ 3:05 PM