NICOL tewaskan Annie dalam masa 23 minit.
Oleh Aida Adilah Mat
aida_adilah@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Selepas tewas dua kejohanan sebelum ini, ratu skuasy Datuk Nicol David semakin menghampiri mahkota kejuaraan Terbuka Qatar apabila mudah menundukkan pemain Hong Kong Annie Au (gambar) di suku akhir awal pagi semalam.

Nicol hanya memerlukan 23 minit untuk menang 11-7, 11-4, 11-3 bagi menempah tiket separuh akhir untuk bertemu bintang muda dari Mesir Nour El Sherbini.

Olahragawati Kebangsaan 2014 itu bermula agresif pada set pertama kerana mengakui Annie lawan sukar untuk dibaca pergerakannya dan amat merbahaya.

“Annie pemain kidal jadi sukar untuk mengagak arah bolanya. Dia mampu meletakkan bola yang menyukarkan saya membalasnya. Jadi saya perlu kekal fokus dan berhati-hati terutama pukulan depannya,” katanya.

Mengakui gembira dengan kemenangan itu, Nicol bagaimanapun bakal berdepan cabaran sebenar apabila turun bertemu Nour.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 November 2015 @ 9:36 AM