Oleh Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my

Huawei memperkenalkan tiga gajet terbaru termasuk satu tablet yang mengagumkan iaitu Mate S, G8 dan Mediapad M2.

Mate S adalah model premium dengan skrin sebesar 5.5 inci serta badan aluminium sepenuhnya pada tahap 7.2mm saja.

Manakala skrin AMOLED di depan menggunakan kaca lengkung 2.5D Corning Gorilla Glass 4 serta beresolusi HD Penuh 1920 x 1080.

Ia dikuasakan pemprosesan Kirin 935 octa core dengan kelajuan terpantas 2.2GHz dipadankan RAM 3GB selain storan dalaman 64GB yang turut disertakan bersama slot kad mikroSD.

Telefon ini menggunakan kamera 13MP di belakang dan 8MP di depan.

Bagi Huawei G8, ia datang skrin TFT 5.5 inci HD penuh dikuasakan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 615 octa core bersama RAM 3GB dan storan 32GB yang turut me­nyokong dua slot kad SIM.

Kamera utama Huawei G8 mempunyai resolusi 13MP manakala kamera depannya 5MP dengan fokus tetap. Ia tersedia dengan bateri berkapasiti 3,000mAh.

Manakala tablet Mediapad M2 memiliki kerang­ka diperbuat daripada aluminium yang menggunakan cip pemprosesan Kirin 930 octa core.

Bersama RAM 3GB dan storan 32GB, tablet ini hadir dengan saiz 8.0 inci dan slot kad memori mikroSD.

Ia juga memiliki kamera 8MP autofokus bersama LED Flash di belakang dan 2MP di depan serta mampu bertahan menggunakan bateri berkapasiti 4,800mAh.

Ketiga-tiga peranti ini menggunakan sistem operasi Android 5.1 dengan antaramuka EMUI.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 November 2015 @ 9:15 AM