Tham dan anaknya merayu Wong pulang ke pangkuan keluarga. FOTO Nabihah Kamal
Oleh Nabihah Kamal
am@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Ibu empat anak merayu suaminya yang menghilangkan diri sejak Jun lalu pulang ke pangkuan keluarga.

Tham Lai Ping, 36, berkata, suaminya, Wong Yew Wai,43, keluar dari rumah pada November 2012 berpunca daripada salah faham.

"Kami pernah failkan penceraian di mahkamah, namun suami enggan menceraikan saya sebelum dia meninggalkan kami sekeluarga.

"Anak-anak pernah menghubungi datuk mereka (bapa suami) tetapi dia juga tidak mengetahui di mana suami saya," katanya.

Menurut Tham, pada Jun lalu dia pernah menghubungi suaminya untuk memaklumkan bahawa anak perempuan mereka yang berusia 4 tahun sakit.

“Apabila saya menghubungi Wong, dia hanya berdiam diri dan bertindak menukar nombor telefon yang menyebabkan dia gagal dihubungi sehingga kini," katanya.

Sementara itu, anak sulungnya, Benjamin Wong, 11, berkata, bapanya sudah menukar nombor telefon sebanyak lima kali.

"Saya gagal menghubungi ayah kerana dia kerap menukar nombor telefonnya.

"Saya memohon ayah pulang kerana kami amat rindukannya," katanya ketika ditemui hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 November 2015 @ 6:04 PM