MOHD Nasir (tengah) bersama pegawainya menunjukkan rokok seludup yang dirampas. FOTO Faris Zainuldin
Oleh Rosliza Mohamed
am@hmetro.com.my


Rantau Panjang: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas rokok seludup bernilai RM240,000 di Kampung Fikri, Setiu, Terengganu pada Jumaat lalu.

Dalam sidang media di sini, hari ini, Timbalan Pengarah Bahagian Perkastaman dan GST JKDM Kelantan, Mohd Nasir Yusof berkata, ia susulan risikan ke atas lori yang dibawa keluar dari Jelawat, Bachok, kira-kira 12.30 tengah hari.

Katanya, penyeludup sebelum itu membawa masuk rokok seludup berkenaan melalui jalan laut dari negara jiran dan mendaratkannya di pantai sekitar Bachok.

"Bagaimanapun tiada tangkapn dibuat kerana pemandu lori melarikan diri.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1) (e) Akta Kastam 1967," katanya.

Nilai keseluruhan rokok yang diseludup dengan cukai adalah RM1.5 juta.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 November 2015 @ 6:02 PM