Abdul Samah pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang peringkat IPD Subang Jaya, Serdang dan Petaling Jaya di Kolej Universiti Taylors, Sunway, disini, hari ini
Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@hmetro.com.my


Subang Jaya: Polis akan meluaskan kawasan pencarian sehingga dua kilometer radius dan meneruskan operasi mencari dan menyelamat Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Keramat Satu, Jashiah Rabu, 53, yang hilang sejak 23 Oktober lalu.

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata, pihaknya juga meletakkan paket berisi makanan, peta,nota dan lilin di setiap lokasi pencarian dilakukan.

Menurutnya, paket berkenaan diletakkan bertujuan untuk memberi panduan dan tenaga sekiranya mangsa menemui paket yang ditinggalkan.

“Sebelum ini operasi mencari dan menyelamat mangsa dilakukan pada keluasan tiga kilometer radius dan kita membuat keputusan untuk meluaskan dua kilometer radius pencarian.

"Kita akan meneruskan operasi mencari dan menyelamat guru besar terbabit dan mempertimbangkan pertambahan anggota dalam operasi itu," katanya selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang peringkat Ibu Pejabat Polis (IPD) Subang Jaya, Serdang dan Petaling Jaya di Kolej Universiti Taylors, Sunway, disini, hari ini

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 November 2015 @ 3:47 PM