Najib berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri, pagi tadi. FOTO Fariz Iswadi Ismail.
Oleh Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my

Putrajaya: Kerajaan masih mampu mengekalkan dan menyediakan pelbagai insentif kepada rakyat pada perbentangan Bajet 2016 yang lalu hasil daripada langkah proaktif dan kekuatan ekonomi domestik.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, insentif berkenaan masih dapat diberikan biarpun negara berdepan dengan keadaan ekonomi global yang tidak menentu termasuk kejatuhan harga minyak dunia dan penguncupan ekonomi di China.

Katanya, keputusan kerajaan memperkenalkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) membolehkan hasilnya dapat dipulangkan semula kepada rakyat.

"Semua insentif berkenaan dapat diberikan hasil langkah proaktif dan pertimbangan tepat kepada usaha mempertahankan ekonomi domestik negara," katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpuan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Putra, Bangunan Perdana Putra, di sini, pagi tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 November 2015 @ 11:12 AM