PETUGAS SRSSC pada program Jelajah Tawaran Gemilang Sharp.

Alor Setar: Sharp-Roxy Sales & Service Company (M) Sdn Bhd (SRSSC), meneruskan program ‘Jelajah Tawaran Gemilang Sharp’ selama empat hari mulai semalam yang diadakan di Centre Atrium Alor Setar Mall, Alor Setar, bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.

Program anjuran bersama pengedar tempatan HH Sales & Services (K) Sdn Bhd itu menawarkan pelbagai produk dan promosi terbaru Sharp dalam usaha membawa jenama produk berkenaan supaya lebih rapat dengan pengguna tempatan.

Pengurus Perhubungan Awam SRSSC Burhanuddin Kahar berkata, siri jelajah berkenaan menekankan kepada penjenamaan Sharp yang terkenal dengan kualiti premium dan nilai tambah dalam setiap produk ditawarkan.

“Antaranya, TV LCD pelbagai siri, peti sejuk, penyaman udara, penulen udara, mesin basuh, ketuhar gelombang mikro dan pelbagai kelengkapan rumah yang lain.

“Produk tumpuan sepanjang siri jelajah ini adalah model TV LCD Quattron Pro berteknologi terkini, siri peti sejuk popular Double French, penyaman udara siri Inverter, ketuhar gelombang stim Healsio dan pengekstrak jus Healsio.

“Dengan aktiviti dan promosi menarik, ia menjadi platform terbaik untuk memperkenalkan produk serta jenama Sharp kepada pengguna dengan lebih dekat lagi.

“Walaupun angka jualan penting, namun objektif utama diadakan jelajah seperti ini untuk memperkasakan jenama Sharp di kalangan pengguna tempatan dan kali ini kami mahu tumpukan kepada penduduk sekitar Alor Setar serta pekan berhampiran,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, semalam.

Acara jelajah berkenaan turut menawarkan aktiviti menarik seperti demonstrasi masakan menggunakan ketuhar gelombang stim Healsio dan pengekstrak jus Healsio yang menekankan gaya hidup sihat dari Sharp.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 November 2014 @ 5:03 AM