Bergambar kenangan sebelum memulakan perlawaanan. FOTO Zulfadhli Zulkifli.
Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz
am@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menewaskan pasukan Harian Metro (HM) dengan jaringan 11-5 dalam perlawanan persahabatan futsal di NSTP, di sini, malam tadi.

Perlawanan bermula 9 malam tadi dengan kedua-dua pasukan mampamerkan semangat kesukanan yang tinggi.

Acara dimeriahkan dengan kehadiran Penulis Khas Kanan Tuan Asri Tuan Hussein, Pengarang Berita Kanan Unit Khas Yusri Abd Malek dan Pengarang Jenayah Harian Metro Mohd Jamilul Anbia Md Denin yang turut menyaksikan perlawanan.

Pasukan STAFOC JSJ Bukit Aman pada perlawanan itu diketuai Deputi Superintendan Khairil Sopian Ismail.

Perlawanan bertujuan merapatkan hubungan antara Harian Metro (HM) dan pasukan STAFOC JSJ Bukit Aman.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Oktober 2015 @ 10:48 PM