LELAKI warga Afghanistan mencari barang dalam runtuhan bangunan akibat gempa bumi di kampung Raman Kheel di lembah Panjshir pada 26 Oktober. FOTO AFP
Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my


Putrajaya: Tiada rakyat Malaysia yang terbabit dalam gempa bumi di Pakistan, Afghanistan dan India.

Menurut kenyataan Kementerian Luar, perkara itu disahkan Kedutaan Besar Malaysia di Islamabad dan New Delhi, serta Konsulat Jeneral di Karachi.

"Bagaimanapun, Kementerian Luar akan terus memantau keadaan ini.

"Kerajaan Malaysia merakamkan ucapan simpati dan takziah kepada kerajaan dan rakyat Pakistan, Afghanistan dan India, terutama kepada keluarga dan mangsa yangdi dalam kejadian gempa bumi yang melanda wilayah di timur laut Afghanistan semalam," katanya.

Menurut kenyataan itu,Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Luar Negeri Datuk Seri Anifah Aman turut mengutuskan perutusan takziah kepada rakan sejawat mereka di atas kejadian yang berlaku.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Oktober 2015 @ 2:09 PM