PESAWAT yang dilaporkan tergelincir di landasan. (Gambar kecil) Tayar belakang pesawat yang pecah.
Oleh Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail
rabiatul@hmetro.com.my


Mukah: Pesawat twin otter milik MASwings tergelincir ketika mendarat di landasan Lapangan Terbang Mukah di sini, pagi tadi.

Bagaimanapun, kejadian 9.20 pagi itu tidak mendatangkan kecederaan kepada dua juruterbang dan lapan penumpang.

Pesawat itu dalam penerbangan dari Miri dan ketika mendarat, tayar belakang kiri pesawat pecah.

Pengurus Lapangan Terbang Sibu, Zainuddin Abu Nasir ketika dihubungi mengesahkan kejadian ini.

Katanya, semua 11 penerbangan ke Mukah dibatalkan hari ini akibat kejadian tersebut.

Ketika ini kerja-kerja mengalihkan pesawat dari landasan sedang dilakukan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Oktober 2015 @ 1:13 PM