Kereta yang terbabit kemalangan sehingga mengorbankan pemandunya. FOTO ihsan bomba
Oleh Fuad Hadinata Yaacob
hadinata@hmetro.com.my

Shah Alam: Lelaki maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas dalam kejadian di Kilometer 5.4 Lebuhraya Guthrie, dekat sini, kira-kira 10.30 pagi tadi.

Mangsa, Ahmad Zamril Zahrin, 24, dari Subang Bestari dekat sini meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialami.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan pada 10.27 pagi dan tiba beberapa minit kemudian.

Katanya, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik terbabit dalam operasi itu.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Oktober 2015 @ 4:21 PM