PELANCONG berbogel didakwa dirakam di Pulau Sibuan, Semporna. FOTO ihsan pembaca
Oleh Ardyhansah Amat
am@hmetro.com.my


Semporna: Polis menahan pelancong lelaki warga China, malam tadi bagi membantu siasatan berhubung insiden kumpulan pelancong asing berbogel di Pulau Sibuan, di Pekan Semporna.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Peter Umbuas berkata, suspek berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan antara 9 hingga 10 malam tadi, selepas dipercayai antara pelancong asing yang terbabit dalam aksi tidak senonoh tersebut.

"Suspek kini direman sehingga 25 Oktober depan bagi membantu siasatan mengikut Seksen 294 (a) Kanun Keseksaan kerana berkelakuan tidak senonoh di tempat awam," katanya.

Semalam, aksi sekumpulan pelancong dipercayai dari China berbogel mula menjadi topik perbualan hangat selepas beberapa keping gambar mereka disebarkan menerusi laman sosial.

Tindakan mereka itu mendapat kecaman ramai pihak termasuk penduduk tempatan khususnya selepas insiden pelancong berbogel di Gunung Kinabalu, Ranau dan Pulau Sulug, Kota Kinabalu , beberapa bulan lalu.

Berita berkaitan

Bogel lagi?: http://hmtro.com/1jSNnF3

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Oktober 2015 @ 2:40 PM