LIM Kit Siang. FOTO Asyraf Hamzah
Oleh Hairulazim Mahmud dan Mohd Nasif Badruddin
am@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang yang bakal digantung kehadiran ke Dewan Rakyat selama enam bulan tiba 11.25 pagi tadi.

Usul penggantungan itu dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

"Gambar terakhir," kata wakil rakyat DAP itu ketika media mengambil gambarnya sebaik saja tiba di lobi Parlimen, hari ini.

Usul tersebut berikutan wakil rakyat pembangkang itu tidak meminta maaf selepas menuduh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyalahgunakan kuasa dalam siasatan 1Malaysia Development Berhad(1MDB).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Oktober 2015 @ 11:46 AM