FOTO Asrizal Aris
Oleh Asrizal Aris
am@hmetro.com.my


Kampar: Sebutir bom mortar PRAC (INT-A) CAN 90 INERT sepanjang 0.6 meter ditemui oleh orang awam di tepi kolam ikan, Taman Damai, Mambang Diawan, di sini, kira-kira jam 3 petang tadi.

Sebaik dimaklumkan mengenai penemuan itu, pihak polis segera ke kolam berkenaan dan mengesahkan mortar yang berukuran lilit 12 sentimeter itu adalah bom jenis lama yang masih dalam keadaan sempurna.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, sebaik mengesahkan penemuan bom itu pihaknya segera menghubungi Unit Pemusnah Bom (UPB) untuk melakukan tindakan lanjut.

"Pegawai dan anggota UPB tiba kira-kira jam 5.45 petang dan membawa keluar bom berkenaan dari kawasan kolam.

"Bom berkenaan di bawa ke kawasan lapang untuk diletupkan bagi tujuan pemusnahan jam 6.45 petang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Oktober 2015 @ 10:19 PM