NORA Danish.
Oleh Georgie Joseph
georgie@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Pelakon popular Nora Danish, 33, menafikan dia kembali bercinta dengan Nedim Nazri, 34, selepas berpisah Ogos lalu.

Nora ketika ditemui hari ini berkata, walaupun sudah berpisah mereka tetap bersahabat baik.

Perkara ini tercetus apabila Nora memuat naik gambar dia bersama penyanyi Indonesia, Bunga Cinta Lestari ketika bercuti di Bali, Indonesia, baru-baru ini di Instagram.

Dalam masa sama, suami Bunga yang juga pelakon Malaysia, Ashraf Sinclair turut memuat naik gambar dia bersama Nedim di lokasi sama dalam Instagram.

Disebabkan gambar terbabit, peminat dapat mengagak Nedim turut bersama Nora di pulau pelancongan itu dan mempersoalkan kenapa mereka masih pergi bercuti bersama walaupun sudah berpisah.

Menurut Nora, perpisahan mereka atas dasar mahu menyelesaikan masalah yang berlaku antara mereka selepas lebih tiga tahun bercinta.

Katanya, mereka masih bersahabat baik dan perpisahan itu tidak bermakna dia sudah terbuka hati untuk menerima lelaki lain.

"Kami berpisah bukan kerana sudah tiada perasaan cinta dan perpisahan itu pun sebenarnya tanpa kerelaan kami berdua. Keputusan itu diambil sebagai jalan terbaik bagi menyelesaikan pelbagai masalah antara kami,” katanya yang sudah tidak memuat naik gambar dia berdua dengan Nedim bagi mengelak kekeliruan peminat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Oktober 2015 @ 6:43 PM