Ubat batuk dan air ketum yang dirampas. - Foto SHARUL HAFIS ZAM
Sebahagian yang ditahan satu serbuan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Felda Bukit Tangga. - Foto SHARUL HAFIS ZAM

Bukit Kayu Hitam: Tiga pelajar sekolah menengah antara 15 orang yang ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kedah di Felda Bukit Tangga malam tadi.

Pegawai AADK Daerah Kota Setar/Pokok Sena, Suria Azlina Shaarin berkata ketiga-tiga pelajar berkenaan didapati positif ketum, morfin dan methaphetamine.

Beliau berkata kesemua yang ditahan dihantar ke Pusat Khidmat Pulih dan Prihatin di Kota Tinggi dan Batu Kurau untuk rawatan pemulihan. - BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Oktober 2015 @ 5:25 PM