Moscow: Pasukan keselamatan Russia semalam membunuh empat militan Islam dikaitkan dengan pembunuhan seorang imam berhaluan sederhana di Caucasus Utara, kata jawatankuasa antikeganasannya.

Empat pemberontak itu terbunuh dalam kejadian tembak-menembak dengan pasukan keselamatan di Khasavyurt, Dagestan yang bersempadan dengan Chechnya, kata jawatankuasa itu dalam satu kenyataan.

Katanya, seorang anggota pasukan khas FSB cedera dalam ketika berbalas tembak dengan suspek di hutan di perkampungan Kurush.

Mereka yang terbunuh dikenal pasti dalam pembunuhan imam Magomed Khidirov, 34, September lalu, yang ditembak lelaki bertopeng ketika keluar menunaikan solat Subuh. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Oktober 2015 @ 8:09 AM