NICHOLE Teo bersama Chloe Swee menunjukkan Euro5 Diesel mesra alam yang pertama di Malaysia selepas majlis pelancarannya di BHPetrol R&R Pagoh Lebuhraya PLUS arah selatan. FOTO Syarafiq Abd Samad

Oleh Ibrahim Isa

Pagoh: BHPetrol menjadi pelopor penjualan diesel EURO5 di negara ini selepas pelancarannya di Hentian Rehat & Rawat (R&R) Pagoh Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat sini, hari ini.

Jualan EURO5 itu dilancarkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek.

Diesel jenis itu akan dijual di empat stesen minyak BHPetrol di Johor iaitu di R&R Pagoh arah selatan dan arah utara, Tebrau 2 dan Pasir Gudang 3.

Diesel baru itu lebih menjimatkan dan lebih bersih kerana ia mengurangkan pelepasan karbon.

EURO5 yang diimport dari luar negara dijual pada harga RM2.30 seliter berbanding diesel biasa pada harga RM2.20 seliter.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 November 2014 @ 2:09 PM