Oleh Rosli Ilham

Dungun: Seorang pemuda berusia 20 tahun maut selepas motosikal ditungganginya merempuh seekor anjing di Kilometer 6 Jalan Dungun-Bukit Besidekat Kampung Binjal, di sini, 1 pagi ini.

Mohd Muslihin Aziz, 20, yang bekerja menjual buah di Pasar Dungun terbabit dalam kemalangan itu ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Che Lijah, di sini.

Mangsa yang menunggang motosikal Honda EX5 dikatakan gagal mengelak anjing terbabit yang secara tiba-tiba melintas dari semak tepi jalan di situ.

Mohd Muslihin yang patah kaki dan tangan serta mengalami kecederaan dalaman badan dikejarkan ke Hospital Dungun dan disahkan meninggal dunia, kira-kira jam 6.30 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 November 2014 @ 12:47 PM