Pemain Belanda kecewa selepas gagal mara ke Euro 2016. - Pix EPA

Amsterdam: Penyertaan pada Euro 2016 ditambah daripada 16 kepada 24 pasukan.

Bagaimanapun tiada tempat buat pasukan Belanda untuk beraksi di Perancis tahun depan.

Juara Eropah 1988 dan finalis tiga kali Piala Dunia itu melengkapkan kelayakan penuh musibah selepas ditewaskan 3-2 oleh Republik Czech bermain dengan 10 pemain di Amsterdam awal pagi tadi.

Belanda ketinggalan 2-0 pada 35 minit pertama menyaksikan Robin van Persie menjaringkan gol sendiri.

Kebangkitan lewat permainan tidak memadai membantu skuad kendalian Danny Blind untuk mendapat tiket beraksi di Perancis.

Turki menewaskan Iceland 1-0 untuk mengesahkan kelayakan sebagai pasukan ketiga terbaik Kumpulan A.

"Pada penghujung perlawanan hanya kekecewaan hadir melengkapkan keseluruhan kempen," kata Blind. "Kami tidak cukup bagus." - AP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Oktober 2015 @ 2:46 PM