ACER Aspire Z3 (Z3-700).

Adakah mustahil sebuah desktop bersaiz 17.3 inci boleh berubah menjadi tablet? Jawapannya tidak jika ia desktop Acer Aspire Z3 (Z3-700) yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Meskipun saiznya besar, ia masih mampu direka senipis 15.6mm dengan berat hanya 2kg yang hampir menyamai mana-mana laptop biasa di pasaran.

Desktop ini juga berupaya beroperasi tanpa kabel kerana apabila ia dicabut, terdapat bateri yang mampu bertahan lima jam.

Sama juga seperti R14, ia menggunakan Windows 10 dengan dua klip ‘hinge’ di belakang dijadikan kaki ketika ia berfungsi sebagai desktop.

Rekaannya yang dipertontonkan di depan IT@Metro memperlihatkan kemasan rekaan dan penggunaan mudah.

Ia hanya dikuasakan Intel Pentium N3700 atau Intel Celeron N3150/N3050 bergantung kepada penggunaan perkomputeran anda.

Acer Aspire Z3 menggunakan memori sehingga 8GB DDR3 manakala setoran pula boleh didapati pada 32GB,60GB,128GB, 256GB atau HDD 500GB.

INFO

ACER ASPIRE Z3 (Z3-700)

- Harga: Anggaran bermula RM2,800

- OS: Windows 10

- Skrin: 17.3 inci HD penuh 1920 x 1080 IPS

- Pemprosesan: Intel Pentium N3700 atau Intel Celeron N3150/N3050

- Memori: Sehingga 8GB DDR3

- Grafik: Intel HD Graphics

- Storan: 32GB/60GB/128GB/256GB SSD atau HDD 500GB.

- Dimensi: 438 x 15.6 x 276mm

- Berat: 2.04kg

- Speaker: Dolby Audio

- Kamera: 1080p FHD

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Oktober 2015 @ 10:13 AM