ANTRA dadah yang dilupuskan. FOTO Hafidzul Hilmi Mohd Noor
Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@hmetro.com.my


Serdang: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) melupuskan 262.45 kilogram (kg) dadah pebagai jenis bernilai RM35.5 juta yang dirampas sejak 2013 di sekitar Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) .


Jabatan Kastam melupuskan dadah yang dirampas

Posted by Harian Metro * myMetro on Sunday, 11 October 2015


Ketua Pengarah JKDM, Datuk Sri Khazali Ahmad berkata, semua dadah berkenaan adalah hasil tangkapan dan rampasan daripada 155 kes oleh Bahagian Penguatkuasaan KLIA, Cawangan Natkotik Ibu Pejabat JKDM dan JKDM Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur.

Menurutnya, daripada jumlah itu 148 kg dadah jenis syabu, 103.5 kg dadah jenis Katinon, 7.8 kg ketamin dan 2.9 kg pseudoephedrine dilupuskan.

"Pihak kami juga mendakwa 96 kes sejak 2013 dan 26 daripadanya sudah dijatuhi hukuman di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Manakala 69 kes lagi masih dalam perbicaraan dan menunggu keputusan untuk dijatuhi hukuman," katanya pada sidang media selepas Majlis Pelupusan Dadah JKDM di Institut Pengembangan Pertanian di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Oktober 2015 @ 11:54 AM