KLOPP menandtangani kontrak di Liverpool. FOTO Twitter/Liverpool FC

Liverpool (England): Liverpool FC mengesahkan pelantikan Jurgen Klopp sebagai pengurus ke-20 kelab Liga Perdana Inggeris itu, awal pagi tadi.


Menurut kenyataan Liverpool di laman Twitternya, jurulatih Jerman ini sudah menandatangani perjanjian untuk mengurus the Reds dan akan mengadakan sidang media di Anfield pada 9 pagi waktu tempatan (4 petang waktu Malaysia).

Bekas pengurus Borussia Dormund itu difahamkan menandatangani kontrak tiga tahun dilaporkan bernilai AS$6.1 juta (RM25.34 juta) setahun.

Perlawanan pertama Klopp adalah saingan menentang Tottenham Hotspur pada 17 Oktober ini.

Liverpool kini berada di tempat ke-10 Liga Perdana Inggeris selepas lapan perlawanan. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Oktober 2015 @ 11:10 AM