Tetsuya (kiri) bersama Rizalman (dua dari kanan) pada majlis perasmian Mitsubishi ASX Designer Edition.

Kuala Lumpur: Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia memperkenalkan model edisi terhad kenderaan utiliti sukan (SUV) Mitsubishi ASX Designer Edition yang dikeluarkan 180 unit di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tetsuya Oda berkata, pengenalan model itu yang menerima sentuhan daripada pereka fesyen terkenal tempatan, Rizalman Ibrahim ditawarkan susulan program pemasangan tempatan (CKD) membabitkan model itu dilakukan pada Februari lalu.

“Kerjasama dengan pereka fesyen terkenal, Rizalman membuatkan Mitsubishi ASX edisi terhad ini lebih eksklusif,” katanya.

Edisi terhad itu ditawarkan dengan rim aloi 17 inci, ditampal pelekat kelabu ‘matte’ pada bahagian bonet dan but belakang, sekali gus tampak sporty.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 November 2014 @ 5:02 AM