KERETA terbabas lalu merempuh pokok. FOTO ihsan Bomba
Oleh Ibrahim Isa
ibrahim_isa@hmetro.com.my


Ledang: Tiga sekeluarga maut, manakala seorang parah selepas kereta dinaiki terbabas lalu merempuh pokok di Kampung Serom 6 di sini, 5.20 pagi tadi.

Difahamkan, rempuhan itu menyebabkan semua mangsa tersepit di dalam kereta dinaiki mereka.


#ledang Tiga terbunuh, termasuk kanak-kanak lelaki manakala seorang parah dalam kemalangan di Kampung Serom, Ledang, awal pagi tadi. > info lanjut akan kami kongsi

Posted by Harian Metro * myMetro on Wednesday, 7 October 2015


Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Izwan Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.26 pagi dan satu jentera membabitkan sembilan anggota dikejarkan ke lokasi.

"Sebaik tiba di lokasi kami dapati semua mangsa tersepit di dalam kereta dan kami terpaksa mengambil masa selama kira-kira 45 minit untuk mengeluarkan mereka.

"Kami percaya seorang lelaki dan seorang wanita dewasa serta seorang kanak-kanak meninggal dunia serta merta kerana parah manakala seorang lagi mangsa iaitu kanak-kanak lelaki masih hidup namun parah.

"Kami percaya semua mangsa adalah satu keluarga dan mayat dihantar ke Hospital Tangkak," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Oktober 2015 @ 10:16 AM