Anggota penyelamat membawa keluar mayat mangsa pesawat DHC-6 Twin Otter dari dalam hutan semalam. - Foto AFP

Makassar: Pasukan penyelamat Indonesia sudah mengeluarkan semua 10 mayat mangsa pesawat DHC-6 Twin Otter syarikat penerbangan Aviastar yang terhempas di kawasan pergubungan Sulawesi Jumaat lalu.

Pengarah Agensi Mencari dan Menyelamat Indonesia, Henry Bambang Soelistyo, berkata mayat tiga anak kapal dan tujuh penumpang dengan tiga daripadanya kanak-kanak, diterbangkan ke Lapangan Terbang Hasanuddin di Makassar hari ini, sebelum dibawa ke hospital.

Pesawat itu terputus hubungan 11 minit selepas berlepas dari Masamba di Sulawesi Selatan dan bangkai pesawat yang berkecai ditemui tiga hari kemudian dalam hutan tebal di kawasan pergunungan. - AP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Oktober 2015 @ 4:30 PM